Monday, 20 March 2017

Piring Astro ku di lanyak monyet

 bukan monyet sebenar, gambar google

hai la monyet. nak marah pun buang masa dan tenaga je, sebab bukan enko paham pun. tapi bila tak dapat tengok tv sebab ko syok sgt dok bergayut kat piring astro sampai terkulai layu di tasik madu, sape la yang tak bengang.

rasa nya dalam hari selasa ke rabu, masa tu baru sampai rumah dalam pkl 630 petang. masa husband ke rumah pengasuh jemput irysad, aku kemas2 dapur, basuh2 yang tak sempat dibasuh pagi td. sambil2 tu keluarkan bahan2 nak masak untuk dinner. ye, hari2 memang klu tak penat sangat atau tak lapar kebulur sangat memang masak je untuk dinner, tapi kalau mmg lapaaa sgt dah, makan di kedai je la, tak sempat nak masak dah. masa aku basuh2 periuk ni la dengar jugak suara2 monyet kat atas awning rumah jiran. tak lama lepas tu 'gebeduk' bunyi benda jatuh atas atas rumah. kuat sangat bunyi tu, jangan astro jatuh dah la. tibe2 bunyi monyet eikk eikk eikk macam lari lintang pukang dari atas rumah aku ke awning jiran terus masuk kat pokok2 belakang rumah. tapi hati macam terdetik astro jatuh ni.

tak tahu lah ni gambar tv sape. aku google sebab nak cari segitiga atas kiri tu ha.
gambar google

dalam pkl 7 lebih macam tu nak bukak tv. ada gambar segitiga kuning belah atas kiri tv. ahhh ye la ni, mesti piring jatuh. hurmmm terus la aku call astro. call mudah je dapat tapi kenapa lah diorg punya intonasi tu payah nau nak paham. aku sampai 3 kali ulang nak bagi paham apa dia nak.

lepas submit report semua, esok technician astro pun sampai, pkl 9 mlm jugak la sampai, sebab rumah aku rumah terakhir katanya. sebenarnya aku minta datang pkl 1030 pagi, tapi technician ni call dia minta izin datang petang sebab rumah dia area rumah aku jadi dia kata klu boleh dia settle kat tempat lain dulu kemudian ke rumah aku pastu boleh balik, nak rancang perjalanan la tu. aku ok je janji ko datang je. jangan tak datang.

tak sampai setengah jam dah settle. cepat je budak ni buat kerja. kuddos tu astro' technician name Shankar a/l Raman, great job! siap dapat tips lagi daripada dia.

itu cerita hari  tu lah, masalah nya semalam lepas sampai daripada rumah mama, jadi lagi sekali. astagfirullahh.. hangen je aku satu badan. monyetttt monyet.. memang monyet sungguh la. aku mcm malas nak call astro lagi. husband pulak decide nak betulkan sendiri bagi kuat sikit tiang yang support  piring tu katanya memang longgar. so petang ni memang kena betulkan la ape ape pun. aku nak tgk love, vivy ni.. +esok husband tak de outstation, lagi la kena ade entertainment untuk irsyad sementara aku nak masak ke nak mandi ke. klu tak mmg kena mandi sambil bukak pintu gamak nya nati. huhuhu

kita tengok la petang ni mcm mana ye. haihh.. rasa nak pindah rumah tau tak. lepas 1... 1 yang jadi.

1 comments:

Fatin said...

Alahai kesiannya.. Semoga dipermudahkan segala urusan kalau nak pindah rumah nanti

 

Aida Share Here Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang