Tuesday, 4 April 2017

Buaian dan Walker, perlu atau tidak?

gambar google
 
buaian atau walker, dua dua aku tak pakai sebab keluarga aku tiada budaya itu, jadi aku rasa tak perlu. jangan melenting dulu, aku tak kata kalau korang pakai tu tak elok, cuma aku tak ada budaya berbuaian atau berwalker ni, jadi tak nmpk dimana penting keperluan nya. itu je.

masa aku kecik2 dulu,ada makcik aku a.k.a adik mak aku yang sangat gigh mengangkut buaian besi tu kemana sahaja diorg pergi, ke rumah aku, ke rumah nenek, ke rumah sedara mara, mungkin klu pergi bercuti juga diorg bawak agaknya. gigih ok. sangat gigih. dan susah la nak cari suami yang gigih mcm tu jugak kan.

orang tanya aku, kenapa tak nak pakai buaian? kenapa taknak pakai walker?

jawapan aku.

1) awal2 lagi masa selepas deliver, doktor kanak2 dah pesan macam2 benda : satu- menyusu sehingga 2 tahun. dua-start rancang 2nd baby bila anak umur 18bulan. tiga-strictly no walker untuk pembentukan tulang blkg yang bagus. empat-no buaian sebab boleh menyebabkan kecederaan. tapi aku tak tanya pulak cedera apa sebab time tu mengantuk sangat jadi angguk angguk je.

2) mcm aku cakap tadi budaya tu tak ada dalam family aku. family husband ada, dan bila aku kaji mengikut skema senarai keperluan baby mengikut turutan yang perlu, benda tu jadi list paling bawah. mahal pun mahal boleh tahan jadi hold la dulu. macam aku hold katil baby jugak, sbb aku tgk kebanyakkan kawan2 tak guna pun katil tu.

3) rumah space tak besar, kang tolak ke sini tolak ke sana sebab nak jalan punya pasal. lama2 boleh jadi amarah tu, ada yang aku jual kat mudah.my je kang.

4) anak aku, aku punya suka lah nak beli apa! hahaha

buaian letrik

orang lain aku tak tau lah, dan aku rasa tak perlu dan tak adil kalau aku kata sapa yang pakai buaian dan walker ni mak bapak yang tak pandai jaga anak. malas jaga anak. atau apa sahaja lah statement yang boleh buat korang as parents rasa bengang bengkek dan sebagainya. dan aku pun tak suka kalau dengar mulut2 puaka yang cakap pakai buaian senang nak buat kerja, pakai walker senang nak jaga anak. 2 statement ni aku rasa sangat la tak betul. ko masukkan anak ko kat buaian ko still kena henjut buai tu, atau kalau ko pakai auto henjut tu aku tak surelah sebab klu henjut tak berenti bahaya weh. cuba ko kena henjut sejam tak berenti, bergegar ke tak kepala ko? boleh ke tido sejam nyet nyut nyet nyut. pakai walker pulak ko stil kena jaga juga si budak bijak tu, tangga, pintu, etc etc.


ada orang beli pagar, dipagar keliling anak, biar anak main dalam pagar tu.

ada orang beli playpen besar besar, anak main dalam playpen.

ada orang biar je anak explore (aku la tu)

ada orang buat bilik khas untuk anak diorg, dalam tu ada segalanya. katil dia, mainan dia. tv dia. semua.

ada orang apa pun tak beli. sbb tak mampu.

ada orang apa pun tak beli. sbb nak anak eye contact sentiasa dengan mak pak dia

ada orang sediakan macam2 jenis cikgu utk ajar anak dia mcm2 skill.

ada orang tak ada anak tapi kepochi pasal anak orang lain.

ada orang anak 5 6 7 8 tapi tertib aje walaupun xde mainan langsung.

ada orang suka paksa kita ikut cara dia besarkan anak.

what the fish??!

setiap orang ada cara masing2.

aku pernah jumpa orang anak dan 4 orang, susu ibu pun tak reti nak handle. tak reti. aku jumpa masa banyak irsyad pegi check up. masa tu masuk bilik nyusu, ramai gila aku rasa anak dia, bising. tapi bila aku masuk terus senyap... maknanya anak2 dia tahu hormat orang. masa nyusu biasalah borak2. dia tanya aku fully breastfeed ke sbb dia nak susu anak sampai 2 tahun tapi asik fail dan mcm tekat nak susukan baby dia tu tapi susu dah mcm tak banyak. aku pun tanya dia satu persatu tentang cara2 pam, time management pumping, simpan susu, dah mcm check list aku masa tu. semua tak tau, dan dia mcm kagum walaupun anak aku baru sorang tapi tau mcm2. aku cakap mula2 tak tau juga tapi tanya kawan2, masuk grup2 kat FB yang support breastfeeding. sebab apa aku gigih, masa aku bersalin tu, doktor baby tu tanya aku kat office ramai tak yg pump? aku bgtau takde sebab semua chinese je, aku sorang melayu. boss aku penah nak offer supply susu untuk anak aku sebulan tau as a gift. tapi aku cakap aku breastfeed, jadi dia tukar kepada benda lain. macam2 aku dapat. hahaha.. doktor baby terus cakap, kalau mcm tu awak balik ni kena terus cari kawan2 yang brastfeed, kat facebook pun banyak grup, kena banyak membaca, bonding dgn org2 yang breastfeed kalau tak nanti awak akan down dan halfway je sebab menyusu ni tak mudah dan tak la susah sangat katanya. jadi sebab tu aku gigih. sampai lah sekarang.

back to buaian dan walker. aku rasa kita ni perlu faham keadaan dan hormat perdirian orang. kalau orang tu tak nak pakai. biarlah, kalau dia gigih ke hulu ke hilir bawak buaian, biarlah. aku lebih suka anak aku tidur bergolek sampai masuk bawah meja. tak apa. tak ada salah nya pun. kadang kita pun tidur sampai jatuh katil. aku buka biarkan anak aku belajar jalan sendiri. anak kepala - angkat bontot ke depan - merangkak - duduk - bertatih - jalan. tanpa bantuan. doktor pun ada kata setiap baby kebolehan dia lain2. dan pace dia pun tak sama dengan baby yang lain. tak perlu dibeza bezakan. follow dan tengok anak masing2 je, kalau tak puas hati tentang perkembangan anak, bawak g pakar. abis cite.

jangan lah asik2 cakap kat anak
"kenapa tak jalan lagi ni... tengok dia tu dah jalan dah tau"
"ni gigi tak ada pun, tengok orang tu gigi dah penuh, dia lagi muda tau"

walaupun anak ko tak pandai bidas kata2 ko, ko jangan ingat dia tak paham dan tak ada perasaan ye. kalau tak takkan dia nangis nak susu, nangis lapar, nangis bontot ada taik. taik!

dan satu lagi, tak perlu la tanya  "ha ni dah pandai ape?" atau "eh tak boleh jalan lagi? dah setahun lebih dah ni". aku kan kalau jumpa orang mcm ni rasa nak tanya je "mulut ko tu bile Allah nak tarik balik nikmat bercakap agaknya"

kadang2 jadi ibu ni, kita tak stress pun dengan perangai anak, tapi kita jadi stress dengan anak kita bila orang dok banding2 ni. mula la ko herdik2 anak ko semua benda tak tau. mula lah time tu ko nak hantar anak pegi kumon walaupun baru 1 tahun. kalau ada kelas juruterbang umur setahun aku yakin ada orang hantar jugak. stress dengan mulut2 puaka punya pasal.

sabar tu memang la boleh sabar. tapi jangan lupa kita ni manusia, boleh tahan sabar berapa lama sangat kan.  kamon la wey. setiap anak tu lain sifat nya, lain kebolehan nya. kalau tak pandai dalam pelajaran sekalipun mungkin dia la yang paling rajin cuci bontot ko masa tua nanti, Allah tu maha adil. 
irsyad at 5 mo. kebolehan semasa itu, meniarap dan termenung.

0 comments:

 

Aida Share Here Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang