Friday, 14 July 2017

Be a better you, for you.


ramai yang nak cantik lagi lagi kalau dekat dekat nak raya, dekat dekat nak kahwin, dekat dekat nak kenduri, dekat dekat nak.. nak apa lagi?

cakap pasal kahwin ni kan, ramai pulak aku jumpa skrg berlumba lumba nak kahwin dua. 🙈🙉🙊 Walaupun anak dah bersusun penuh seat kereta. tak pun berhimpit himpit dalam kereta. why man why???? 😞

adakah sebab bini dah tak cantik lagi?
adakah sebab bini tak jaga makan pakai?
adakah bini dah gedempol?
adakah bini menyakitkan hati perangai nya?
adakah dah tak hebat di ranjang?
adakah apakah? list la sendiri.

tapi kan walaupun berapa banyak list yang korang buat pun, kan semua benda boleh bincang? dah bincang ke belum? pillow talk? hati ke hati? sudah buat ke semua tu? untuk kesejahteraan sejagat bawalah bincang. walaupun anak ramai takkan takde 1 hari pun yang korang boleh spend masa together2... bukan suruh keluar. dalam rumah je. buat kopi or whatever both of you want it to.

tapi make sure hati kena lapang terima. laki nak ko kurus, silalah cuba tunaikan, nak wangi2. beli lah minyak yang boleh buat wangi. nak lawa, nak ketat, nak apa sahaja.. cuba lah tunaikan. buat bersama. laki jangan lupa bagi subsidi. ko jangan tau komplen je.

Aku banyak belajar perangai lelaki daripada ustaz Md Noor sorang ustaz kat UiTM secara tak langsung. aku pernah jumpa dia masa laki aku heavy smoking dulu. aku stress sebab aku tak suka laki hisap rokok. tak suka. busuk. nyampah. semua lah. banyak yang ustaz bagitau a.k.a kena jugak brainwash haha..  tapi dalam pada tu aku belajar terima fitrah lelaki. kita ni pulak kalau dah seek for advise kena terima la advise tu, jangan sempit kan sangat fikiran tu. gituuu...

penasihat aku yang terulung iaitu mak aku pun selalu nasihat aku pasal suami. salah satu nya adalah "kita ni kahwin untuk apa? kena betulkan niat. daripada kita minta kat suami macam2 baik kita berkhidmat untuk suami supaya kita boleh kumpul pahala sebanyak mungkin. lagipun kita kan kerja. nak minta macam2 buat apa? duit sendiri kan ada"

walaupun orang kata semua kehidupan kita ni Allah dah tentukan. hurm.. bawak lah bincang dulu. yang konon2 nak dimadukan tu tolong la beringat sikit. jangan sibuk sangat cakap pasal jodoh lah suratan lah, semua dah tertulis la.. selagi boleh elak.. elaklah. aku sure ko pun tak suka klu laki ko kawin dengan orang lain kan. jadi fikir lah banyak banyak. bahasa kasar nya..  tak mati pun kalau tak kawin ni. kalau nak sangat carilah yang duda. yang bujang. 🙏🙏🙏

aku tahu jodoh tu rahsia Allah. tapi meruntuhkan masjid orang untuk kepentingan diri sendiri, Allah tak pernah suruh buat macam tu. 💋

nafsu tu jaga la sikit. bukan ahmad nisfu. nafsu.

No comments: