Tuesday, 18 July 2017

Beli Telefon Baru Semalam

akhirnya, semalam aku beli juga telefon baru setelah beberapa bulan disebut sebut nak tukar telefon. orang kata jangan sebut2 nanti telefon kita merajuk. ha kau, terus merajuk sungguh. huhuhu...

so daripada Xiaomi Mi4i aku beli pulak Xiaomi Redmi4X

fresh lagi semalam. malam tadi aku tukar SIM semua, sekali install balik semua dan backup balik data daripada Mi Account. 

Aku masih lagi teguh bersama xiaomi ni sebab.. banyak sebab. salah satunya budget smartphone yang high spec. 3gb RAM + 32gb ROM, ada fingerprint sensor, 13MP camera + 5MP front camera, body metal premium (macam i phone gitu), screen pun tak besar 5" je. so not bad la kan?

all in RM649.00 sahaja. 

ada orang tanya, kenapa tak beli iphone? hurm.. subjektif sangat soalan tu, tapi secara umumnya, aku tak suka berhabis sebab phone. atau apa sahaja barang la yg aku nak beli. aku suka barang original, tapi aku tak suka barang mahal2. itulah aku, complicated tapi aku tak suka complicated kan benda tu. Sebab tu jugak aku suka layan bundle. Sebab original.

Xiaomi ni aku beli kat lazada, Official Mi Store Malaysia. so warranty pun mmg warranty Mi Malaysia. korang boleh klik link ni.

Kita tengok phone ni tahan berapa lama. kalau dapat kat anak aku ni, campak2 selamba je dia tu. haha..

No comments: