Thursday, 27 July 2017

Diet mengikut kumpulan darah


Korang pernah ke diet ikut blood group? menjadi tak? aku serius tak pernah dengar sampai lah aku ada baca kat satu IG coach ni dia kata why not try diet ikut blood group.. hurmm macam menarik je kan? jadi aku pun google.
ada beberapa juga yang aku jumpa. isi lebih kurang sama je. so ini lah kesimpulan daripada googling aku. Sebelum tu korang kena tau la ape jenis darah korang ye.. macam aku A+

Sumber pertama 👉 link

Kumpulan darah jenis A : Sesuai jika anda memilih untuk menjadi ‘vegetarian’ kerana individu dari kumpulan ini digalakkan memakan banyak makanan berasaskan tumbuhan

Sumber kedua 👉 link

Darah A

Digalakkan
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Protein

Ayam, ayam belanda
Daging lembu, babi, kambing, rusa, kijang, itik
Makanan Laut
Cod, ikan mas, kerapu, makarel, ikan siakap, salmon, sardin
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Barracuda, kaviar, beluga, lala, ketam, udang sungai, katak, lobster, kerang, tiram, sotong, kura-kura
Tenusu

Yogurt, mozzarella, keju kambing, susu kambing
Semua jenis keju yang lain dan susu
Lemak
Minyak zaitun, minyak flaxseed
Minyak canola, minyak cod liver
Minyak jagung, cottonseed, minyak safflower, sesame
Bijirin
Kacang, labu
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Kacang Brazil, cashew, pistachio
Kacang
Kacang hijau, kacang hitam, black-eyed peas

Tamarind, kacang merah
Gandum
Buckwheat, amaranth

Graola, wheat germ, wheat bran, durum wheat
Roti & Mi
Roti (Essene, Ezekiel, tepung soya, sprouted wheat), kek nasi, tepung (oat, nasi, rye), mi, pasta
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
English muffins, roti (high-protein whole wheat, multi-grain), matzos
Sayur
Halia, bawang, broccoli, lobak, bayam, labu, dandelion, okra, tofu

Pepper, ubi kentang, yam, tomato, mushroom, eggplant
Buah
Nenas, cherry, apricot, anggur, lemon

Tembikai, tembikai susu, manga, betik, kelapa, oren, tangerine
Rempah
Tamari, miso, sos soya, halia

Vinegar, pepper
Perasa


Sos tomato, mayonis
Minuman
Aloe vera, green tea, red wine, kopi

Bir, soda, black tea

Sumber ketiga 👉 link
Jenis A. Perlu makan makanan soya, bijirin, sayur-sayuran organik dan melakukan senaman yang lebih lembut.

Sumber keempat 👉 link 
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

hah banyak wey, yang pasti nya aku kena makan lebih banyak sayur la lepas ni. adoii sayurrrr oh sayurr... telan spirulina je boleh tak? hahahhaa...

No comments: