Wednesday, 26 July 2017

MyFitnessPal untuk kira kalori harian


1st sekali aku download apps MyFitnessPal sebab kalau nak kira sendiri memang tak rajin la nak google segala kan. jadi dah ada smartphone tu please be smart. gituuuu..

Dulu.. 3 tahun lepas aku tak pakai benda ni, yes. aku kira siap ada buku ok. gigih google sebab aku tak tahu kewujudan apps ni. hahaha korang jangan la jadi macam aku ye. susah kot kira sendiri.gigih nak google setiap satu makanan yang korang teringin nak makan masa diet kalori ni. takut negatif kan. kalau ngam2 ok lagi. dah la skrg ni payah nak dapat bersenam sampai capai 1000kalori mcm dolu dolu.

ye wey. dulu aku workout sehari minimum kalori burn is 800kcal. so takde hal klu terlebih makan. skrg tak boleh. no no no....

so jom aku tour sikit MyFitnessPal ni. cuma takde gambar sgt la ye, aku malas nak screenshot. tapi aku google2 jugak kot ada yang kena mengena dengan ape yang aku nak cerita ni.

1. korang p la download dulu. takkan ni pun kena ajar kan hahaha...

2. set info korang. ada current weight, target weight, lifestyle, lagi ape tah.

3. so nanti dia akan set kan brape kalori per day yang korang boleh guna.

4. hari2 korang masukkan lah apa makan korang, air putih yang korang minum, snack, exercise semua. jangan tipu k. korang jugak yang rugi klu tipu. psiko tak?

apps ni sedikit sebanyak boleh mengajar korang cara nak kawal selera makan tau. lama2 esok korang tak yah guna dah sebab dah pandai bajet kalori.

TAPI... bila korang dah lama2 diet kalori mcm ni, kadang2 ade orang dia akan plateau.. which mean berat dan bentuk badan dah stuck tak turun2 tak naik2... masa ni korang bukak balik apps ni, setting balik current weight dengan new goal weight, nanti dia setting balik kalori per day yang baru, korang ikut pulak kalori tu, insyaAllah nanti dah tak plateau..

so far ini yang aku sedang amalkan. so aku boleh je makan nasi, mee, dan sebagainya.. yang mengenyangkan. walaupun fast food tu 500kcal je tapi tak kenyang, baiklah makan nasik lemak. kenyang lama. faham? (eceh.. bajet coach pulak. hahaha)

ok bai..

p/s: 1 je la gambar. malas punya pasal

No comments: