Thursday, 13 July 2017

Selamat Hari Raya

dah nak masuk minggu ketiga berhari raya. but still aku masih belum habis tawaf rumah makcik2 aku lagi, sebab mcm biasa lah kita tunggu semua orang free, jalan ramai2. adik beradik 3 orang je, ramai la tu kan? campur ipar2 anak buah dan anak sendiri 😁😁

so raya tahun ni happy sikit sebab takda perang macam tahun2 lepas, hahaha.. shame on us! aku la yang degey. kalau raya kedua balik umah mak aku, aku nak jugak balik raya kedua. what happened last year was traffic jammed masa tu (as per mention by SIL) aku pulak tertido lepas ngempeng si irsyad, sedar dah pukul 11malam. tibe2 laki kejut "yang, kita balik esok lah, jem gile nak klua simpang depan pun dah jem". ahh jem terus kepala otak aku, tak nakkkk... nak balik jugak.. siap aku kunci pintu bilik tanda protes. hahaha.. teruk betul perangai. nasib baik laki sayang lagi. 😏

So tahun ni, turn aku. tak lah se havoc belah suami, but still i love celebrating raya in my place. so pagi raya kepochi kat dapur, siapkan juadah hari raya a.k.a sarapan. siapkan baju anak, baju laki, baju sendiri, duit raya, kejar anak taknak pakai songkok, abang aku setup tripod nak amik gambar family di bantu oleh anak aku (sibuk nak pomen tripod, OMG) nasib baik tak jadi ape2 kat tripod tu dan menjadi jugak gambar raya kita semua.

lepas tu baru la kepoh nak jalan raya mana dulu. aku nak balik tanjong nak g kubur abah. mama nak g umah maklong sebab dah janji, makanya tau la sape yang menang kan. 😴

jadi hari raya pertama g umah mak long dan jiran2 tetangga. tapi cukup la tu. anak tengah kuat explore, tak larat mak nak kejar anak weh.. dia tak usik barang2 cuma tu lah. explore here & there. masuk sini, naik tangga. bukak laci. intai dalam pasu...

dan.. tak nak tido.

bila mengantuk tapi tak nak tido. ha kau jaga lah, dia buat kejang2 badan, buat2 nangis tak de pasal. padahal ngantuk tapi nak main tapi tak larat. ha gitu la kekdah nya.

tapi bak kata mak aku, budak2 memang la gitu. kena sabar. budak2 perut kena kenyang, baru tak buat perangai sangat. jadi aku pun kalau nak marah memang ayat ni terngiang2 berpusing2 kat kepala aku. tapi kadang2 hangen jugak 1 badan. sebelum aku pulak kejang 1 badan, aku pas kat bapak dia dulu. aku amik angin sepoi sepoi bahasa baru aku amik balik dia, offer susu confirm dia nak punya, tak pun dia yang selak dulu.

raya kedua kita ke bangi rumah besan mama. lama jugak kat situ, lepak2 makan2. macam2 tok aji order since isteri dia tak kuat nak masak2. order satay, order pizza. kenyang aihh.. mainan pulak banyak kat umah tu jadi aku lepas kan aje lah anak aku dengan mainan2 tu.

itu je lah cerita raya edisi rumah aku, kang kita cerita edisi rumah mertua.

pulut kuning 💜  nasi impit 💜 lemang (beli) 💜 rendang ayam 💜 kari daging 💜 rendang SIL 💜 kek buah

samping ayah taknak beli 😑
songkok beli tapi tak mo pakai 😒

Selamat Hari Raya 💋

No comments: