Monday, 17 July 2017

Sofa dirumah, perlu atau tidak?

masalah sofa ni aku rasa sejak aku belum kahwin atau dah nak kahwin memang menjadi masalah pada aku. itu cerita 6 tahun lepas la kan, sekarang ni kat rumah aku memang tak ada sofa. ada pun kerusi panjang jati tu aku buat tempat letak kipas since memang tak cukup la dengan kipas siling je, panas.

tapi hari tu bila keluarga mertua aku datang, aku rasa macam.... hurm.. sofa ni penting juga la. sebab mak mertua aku tak larat nak bangun duduk bangun duduk. sakit lutut. tu pun aku tengok dia heret kerusi makan kat dapur bawak ke hall utk duduk. sian pulak. tak selesa la kan mcm tu.

masalah skrg ni aku rasa rumah tamu umah aku ni mcm tak sesuai lagi nak ada sofa. klu ada jadi sempit. sofa skarang ni pulak semua nya gedabak gedabak punya saiz. macam mana eh? ke aku yang tak reti susun ? skrg ni rumah aku dah mcm terbahagi kepada 2. separuh je dah jadi tempat anak aku main2. separuh lagi carpet lepak2 tengok tv. untuk family kecil aku ni ok je la. sian bila orang datang la. walaupun sapa aje lah nak datang umah aku tu kan, hahha.. tapi sekali sekala family aku atau family in law datang. kadang2 kesian.

bila bincang2 dengan laki aku, dia nak sofa-bed. tapi bila tengok2 sofa bed, bila aku pk2. klu sofa bed dah tentu kitorg lenjan abis2. tahan ke wey?

pening ha memikir. aku ni klu membeli nak yang boleh guna sampai 10tahun. ada ke sofa yang tak kaput 10tahun? tak nak sofa kayu. nak fabrik. aritu usha2 kat ikea. banyak la berkenan tapi itu lah. ruang tu. isyh.. takpa lah nanti aku fikir kan lagi. buat masa skrg korang klu datang rumah aku, berlunjur la ye. huhuhu...

ini cantik kan, tapi bukan kusyen kan? tak try kat ikea aritu sedap je duduk tapi laki aku tak suka, sebab dia tak boleh baring katanya, tersekat.. huh 

ini cantik, tapi harga cover je dah RM900 hahahahhaha

1 comment:

rohaida omar said...
This comment has been removed by the author.