Wednesday, 30 August 2017

Saje membebel.

Assalamualaikum.

aku rasa champion sangat hari ini sebab tak cuti untuk raya haji. selalu memang aku cuti dah ni. mungkin sebab esok pun cuti merdeka dan raya pulak lusa, jadi ada sehari esok nak prepare mknn utk raya haji. So tahun ni giliran aku, tak ada la travel jauh sangat, dan mohon tidak lah jem.

apa nak masak raya ni?

hari tu aku dah discuss dengan mama apa nak masak raya ni. rendang ayam of course. tapi daging tak payah la kan, kita tunggu qurban punya je. tapi aku mcm nak buat pulut kuning, sambal ikan bilis dan telur rebus.. fuhh.. semangat! hahahaha...

aku nak ngadu lah, semalam aku kena sound dengan Boss Besau. tapi aku tak tau apa salah aku, dia sound pun guna email je. cc pulak kepada boss boss lain. long story short, aku prepare report utk project department, tapi content report mestilah daripada setiap project leader. so part aku hanyalah fill in dalam report tu. hantar kepada management everyweek. tapi beliau ni tak pernah puas hati dengan report tu. boss aku selalu la kena panggil, pastu bgtau aku betulkan. tapi dia kata part aku dah ok, skrg part dia. since boss kata dah ok. aku pun ok ajelah. ape lagi kau nak argue kan. tibe2 smlm dia kena sound aku pun kena skali. aku tak guna common sense katanya. termenung aku kejap. aku belek2 lagi report tu. common sense untuk part yang mana? semua dah filled in. rasa nak nangis pun ada. boss aku pulak outstation, kalau tak boleh la aku tanya dia celah mana lagi tak complete report ni. you know what guys.. when your management says you are not good, u are not doing right, how do you feel? i felt dispointed  to myself. rasa nak bagi surat pun ada semalam.

so pagi ni, 2nd boss bagitau dia akan handle report tu. aku tanya dia "act, what is the problem with the report?" maka dia pun cerita, big boss highlight bahagian remarks. remarks tak jelas, aku mcm nak hantuk kepala kat dinding sebab all this while, boss aku yang outstation tu tak pernah highlight kat aku remarks tu problem. haihh.. walaupun remarks pun sepatutnya di tulis oleh project leader, tapi aku boleh la tolong highlight kat deme deme ni. tapi dah tak bgtau aku mana lah nak tau. 2nd boss aku cakap lagi "he said, aida tak tahu buat ke" jawapan dia mmg tak tau lah, satu sebab takde sape highlight kat aku, kedua, tu mmg sepatutnya di isi oleh project leader (untuk urusan project progress). alahai.. so aku harap benda ni settle la. rimas aku asik2 kena mark dengan big boss buat kerja tak betul. reputasi tercalar tau.

Aku pun rasa macam kena berhijrah la. rasa macam lama sangat aku kat office ni, rakan seperjuangan semua dah takde. semua dah berenti kerja tempat lain. tinggal yang baru2 je. tak ngam. boring, tak ada kawan. nasib baik ada melayu sorang buat kawan. dulu opis ni meriah, skrg semua stress je buat kerja, diorg happy sama2 diorg je, selalu aku kena tinggal.

tapi dalam usia begini nak pegi interview sangat lah malas, resume pun tak update. tapi aku nak tengok increment tahun depan klu tak memberansangkan, aku nak try n error cari kerja lain. aku ada lagi 6 tahun nak kerja. target aku anak aku masuk sekolah je aku nak berenti. masa tu pun hutang semua dah settle. PTPTN dah settle alhamdulillah. kereta lagi lagi 5 tahun. itu je hutang aku. takaful bulan2 wajib la bayar. itu boleh cover no problem.

korang doakan aku ye.

Wednesday, 16 August 2017

Suami Hensem

ada orang suka sangat bila orang puji suami dia hensem

kalau boleh dia nak suami dia dress up bagi nampak hensem di mata orang

apesal eh?

sebab aku lebih suka kalau suami aku ni 'hensem' depan mata aku

hensem di sini meliputi luaran dan dalaman

tak gitu?

tapi kalau hensem sangat pun susah jugak nak jaga kan. hahahaha


p/s: tak boleh blah bila ada orang suruh suami dress up ala ustaz biar nampak alim baik soleh. oh please.

Tuesday, 15 August 2017

Anak ke Cucu

Aku dapat soklan tu tadi masa tunggu laki pick up lps habis check anak kat hospital selayang.

thank you la uncle.

thank you.

crap!

Thursday, 10 August 2017

KRT FB Page

Lama tak bersiaran.  syok tak tengok muka monyet lama2? hahaha...


korang biasa tak baca cerita hal rumah tangga kat facebook page KRT? aku tak ingat la sejak bila aku like page ni. tapi lately memang ramai kan yang share merata rata jadi lama aku pun terjebak sama. cuma aku baca kalau tak panjang sangat la karangan hal rumah tangga diorg tu.

Macam macam masalah rumah tangga rupanya ye dalam malaysia ni. yang dasyat gila pun ada. yang kejam pun ada. yang macam mintak perhatian pun ada, dah aku rasa yang mereka cerita pun banyak dalam ni. kadang2 mcm cerita pukul 7 je gayanya. mungkin saja tak de kerja agaknya. atau saja nak jadi penulis novel tapi malas nak hantar manuskrip. hahaha..

ada orang kata tak elok bukak aib rumah tangga. tapi aku tak nmpk la mana aib nya sebab tak tau pun sape yang hantar dan siapa yang di tuju. cuma kadang2 diorg paparkan phone number tu memang yang terlebih rajin tu cepat je tangan dia google ataupun save nombor nak tengok muka orang tu kat whatsApp. hebat2 orang malaysia ni. stalker. walaupun tak ada kena mengena dengan diri sendiri.

bagi aku la kan, bila baca2 cerita mcm ni, boleh buat jadi pengajaran. kadang2 ada juga antara luahan tu tersipi sipi kat kita kan, mungkin selama ni kita tak sedar kita buat orang terasa. buat tu maksudnya salah. macam2 la lagi kan. maka dari sini lah kita muhasabah diri. aku ni senang je, kalau kau tengok benda ni at the negative side, kau dapat la negatif. kalau ko tengok benda tu at the positive, ko dapat la yang positif.

tapi dalam banyak2 benda dalam KRT tu aku paling tak boleh blah yang tukang komen tu le.. makcik makcik bawang tu. hahaha... seronok baca komen, walaupun kadang2 over sangat komen nya sampai menghentam abis abisan.. tetap kelakar. 

siapa la disebalik KRT ni. kalau dia buat duit kan, dah kaya dah dia. huhuhu.. apa2 pun jangan sampai terbuka aib sendiri. yang hantar masalah tu tak ada apa2... korang yang komen tu pulak terselak kain akibat keyboard warrior.

Tuesday, 1 August 2017

Ogos menjelma lagi

Semoga bulan ini akan datangnya sinar kebahagian, kesihatan yang optimum, dan senyuman seluas lautan 😉