Wednesday, 17 October 2018

Guna Service Personal Shopper je Sekarang

Assalamualaikum

aku baru je berjinak jinak guna service personal shopper ni. syok rupanya. hahahha... mula mula dulu aku guna service ps untuk beli mainan anak masa mattel buat warehouse sale hari tu. mainan semua half price, service ps pun tak mahal. syok gila.

kali ni aku guna service ps untuk beli crocs kat mitsui. ada sale kat sana. 1 pasang rm60. aku beli 2 pasang. 1 selipar 1 kasut. best sangat kekdah nya. tak yah nak bersesak kat sana. lagi2 anak aku dia tak berapa mesra mall sangat. dan aku pulak mmg dari dulu mmg suka online shopping je. lagipun nak mengajak laki aku tu ke sana ke sini susah sangat, kalau ajak pun kejap2 dah nak balik. tak pun asik tanya dah ke belum dah ke belum. haisyhhh daripada aku bad mood dengan soklan dia tu baik aku upah ps je.

barang crocs aku ni ada cerita pulak sebelum sampai. stuck kat hub poslaju sejak 9haribulan. orang lain semua dah update barang diorg dah smp kat group wasap. aku punya krik krik lagi. sedey betul ni. ps contact easyparcel, aku contact poslaju. poslaju kata barang ada ni mungkin belum update kat sistem. dia minta tempoh 2 hari untuk barang sampai, kalau tak sampai kenalah aku call balik untuk cek semula. tiba2 tadi aku turun kat receptionist tgk2 ada barang utk aku. fuhh berdebar wey. aku tengok nama mcm mana ps crocs aku. terus aku bukak plastik poslaju tu dengan rakus sekali hahahaha..

eh perut  pun nak enter frame skali

dah sampaiiiiiiiiii alhamdulillah.. terus aku amik gambar bagi kat ps. dia pun lega barang dah sampai. fuhh... memang tau2 je selipar aku semalam di hanyutkan air banjir. arini dapat selipar baru. huhuhu.. Alhamdulillah.... syukur.......

group wasap ps aku join ni ada 5 orang ps dalam tu. apa ko nak beli? semua diorg boleh beli. hari2 ada je diorg up sale sini sana. boleh bankrupt aku rasa klu layan semua. semua benda pun best. diorg pun melayan je ko nak apa.

lepas ni aku nak borong bath & body work pulak. tengah pregnant ni aku tak boleh nak bau wangi2 sangat. pening.

No comments: