Wednesday, 9 October 2019

Anak and so-called TTC journey

5 tahun tanpa zuriat, sebernarnya aku ok je. tak ada rasa sedih sebab tak ada anak. sungguh aku cakap, aku tak ada rasa aku perlu sangat sangat anak (waktu itu) sebab aku rasa aku cukup semuanya. tapi aku akan nangis dan down bila orang sekeliling aku merendah rendahkan capability aku untuk mengandung dan memiliki anak sendiri. aku juga masih ingat muka muka orang yang ayat ayat yang menikam jauh di hati, jantung dan tulang. ayat ayat nya masih tersemat di hati, susah nak padam. dari kaum keluarga hingga ke orang yang aku tak kenal sangat pun. pedih sangat. sakit sangat. Astaghrifullah.. semoga Allah bantu aku untuk melupakan.

so, apa yang aku lakukan untuk dapatkan zuriat?

kalau orang tanya aku soalan ni, jujurnya aku pun tak tau nak jawab. Aku tak pergi special treatment pun. sebab tahun kedua aku kawin, aku mengandung dan keguguran. jadi selepas keguguran tu aku follow up dan doktor dan sahkan aku sihat je, mungkin tak ada rezeki lagi. aku pula baru dapat kerja, jadi nak cuti untuk buat rawatan tu susah sikit. jadi aku putuskan tak apa lah, mesti ade sebab kenapa Allah hold dulu. mcm aku tulis kat atas tadi, aku rasa ok je masa tu, x ada rasa desperate nak anak pun. bukan tak nak, cuma tak terkejar kejar. ahh korang faham la kan.

tetapi sebelum aku keguguran, aku ada la pegi jumpa doktor pakar sakit puan, doktor lelaki. cut story short, doktor tu cakap begini "kalau awak dapat turunkan 10% daripada berat awak sekarang ni, saya gerenti awak mesti mengandung" waktu tu aku marah sangat, kita datang nak check up, tapi dia cakap macam tu pulak. aku pun senyum dan keluar. lepas tu aku tak pergi dah jumpa doktor tu. hahaha.. sakit hati kena panggil gemuk. realiti nya memang gemuk sangat masa tu, almost 100kgs. balik kampung kena perli perli pulak dengan mak mertua. double sakit hati, cuma still la kena balik kampung kan, tak boleh nak merajuk tak balik kampung pulak haha..

dan selepas keguguran buat kali ketiga, aku mula bosan dan mula putus harapan jadi aku tekat aku takkan beli dah pregnancy test, tak kan cakap dah pasal anak ni. so mulai saat tu aku rasa hidup aku lebih happy, dah tak stress dan nervous nak tunggu setiap bulan period datang atau tak. aku enjoy saja. waktu itu aku dah mula bekerja di tempat baru, suasana baru dan tak ada orang yang tanya2 pasal anak dan sebagainya. aku jugak aktif gym dan larian. tak ada masa nak sedih2 fikir ada anak atau tak. waktu ni aku dah turun lebih 20kg.

out of nowhere.. aku selalu sangat keletihan. letih yang teramat sangat, kat office letih, kat rumah letih, kat gym pun letih walaupun aku hanya jalan kat treadmill. makan pun malas, asik nak tidur je. ada satu malam di rumah mertua, mertua aku tengah kopek ikan bilis, aku kononnya nak tolong la, tapi bau ikan bilis tu busuk gile sampai kepala pening dan nak muntah. masa ni aku rasa something is not right. tapi tak nak berharap sangat. tapi aku check juga period calendar.  masa tu lah aku baru tengok trend period aku monthly. selama ni aku just click bila period, click balik bila dah habis period. yang lain i dont bother. hurmm dah 10 hari lewat. ok tak pe. kita tunggu je la. mungkin memang ikan bilis tu yang busuk kot.

minggu berikutnya di office, aku sakit ulu hati, fuhh macam nak pengsan rasanya, berpeluh peluh. minum air panas tak jalan, tetap sakit. try makan biskut, masih rasa sakit. nak balik tapi sebab dah pukul 4 lebih, aku bertahan je la sampai habis office hour. badan rasa panas macam nak demam. aku fikir aku kena gastrik sbb mcm aku kata tadi aku tak berapa makan sangat sebab aku asik pk tido lagi best. petang tu husband aku tengok aku je dia terus bawak aku pegi klinik sebab dia kata macam teruk sangat muka aku tahan sakit. masa di klinik ni la aku rasa paling kelakar. aku masih ingat dialog aku dengan doktor tu

saya sakit ulu hati, sakit macam nak putus nafas. saya pernah ada gastrik dulu

puan bila last period?

(soalan ni aku tak suka sangat) kejap saya tengok calendar.. xxx last period

period regular tak?

regular. kenapa doktor?

kita check UPT dulu puan. mungkin mengandung ke..

ye ke? tak la doktor. saya sakit ulu hati je ni. tak payah buat UPT la. gastrik kot ni.

(doktor tu senyum kat aku) tak apa, kita check dulu, kalau mengandung, ada ubat yang puan tak boleh makan. jadi kena pastikan dulu puan mengandung atau tak.

aku buat muka jugak la waktu tu. dah la aku alergic nak test2 ni. aku pun xde fikir ape2 waktu tu sbb aku confirm yang aku x mengandung.

5minutes later...... aku buka je pintu bilik doktor

ok puan, tahniah ye, puan mengandung.

hah? serius lah doktor? (aku nganga besar kot masa ni, aku pandang laki aku, muka dia pun terkejut kemudian dia senyum)

eh tak percaya pulak dia, meh sini tengok, ambik gambar UPT ni. saya tak tipu, ni urine puan tadi, bukan urine orang lain.

termenangis pulak aku waktu tu. airmata pulak macam tak nak berenti. huhuhu.. laki aku senyum tak senyum sengih tak sengih. ha gitu.. speechless. selepas itu doktor buat beberapa assesment dan pesan pada kami, pregnancy aku ni dipanggil fragile pregnancy sebab seblm ni ada sejarah keguguran dan dia terus buat surat rujukan ke hospital. aku masih lagi in-denial moment. sebab apa tau, baru beberapa bulan lepas aku cakap dengan husband aku "apa kata kita try make baby nak tak tahun ni? saja2 je. kita kira betul2 time subur. kalau tak lekat tahun depan kita buat treatment" laki aku ok je.

jadi kesimpulannya di sini. tips aku untuk mengandung adalah memang kena tahu waktu subur kita. kena kira betul2. aku kan turun 20kg kan? aku rasa pemakanan juga memainkan peranan penting juga. emosi pun sama. jangan stress. be happy. enjoy your life. selain tu berdoalah, mintak ape yang korang nak mintak dengan Allah. tak hari ni esok atau bila2 korang dah bersedia pasti Allah makbulkan doa korang tu.

No comments: