Thursday, 3 October 2019

Macam mana kenal dengan suami?

Hi, hari ni aku nak share macam mana aku boleh kenal dengan suami aku dulu. he he he... ini cerita bagi pihak aku la, aku rasa kalau suami aku yang cerita mungkin ada lain sikit lah kan. tapi tak kisah lah sbb semua cerita ni pun cuma the other side of story je, yang pasti Allah yang dah atur cantik pertemuan tu.

Tahun 2008, aku waktu tu bekerja sebagai kerani di satu construction company di shah alam. Tinggal di flat PKNS seksyen 7 shah alam. Aku grad 2006 terus dapat kerja tu dulu, jadi aku sambar je. 

Masa tu kawan aku datang daripada kelantan untuk cari kerja di shah alam. kawan baik aku masa study di Kolej Syahputra. aku belajar kat sana 1 semester je sebelum aku dapat tawaran further study di UiTM Shah Alam. So, basically kitorg berdua ni suka keluar makan kat seksyen 24, bak kata org shah alam restoran tong sampah. sebab restoran ni ngam2 dekat tepi rumah sampah kat kawasan flat seksyen 24 tu. lepas makan selalu jugak berhenti lepak2 kat dataran shah alam nearby hotel bluewave tu tengok orang main rugby atau skodeng orang dating (if you know what i mean) hahaha..

So, satu hari sedang kitorg ni skodeng 1 pasangan ni dating dalam kereta, suami aku dengan 2 3 org kawan dia datang lepak bersandar kat kereta tu nak tengok orang main rugby, tapi diorg tak perasan orang dalam kereta tu tengah ehem ehem. kesian..... tak jadi projek couple tu hahaha.. kami berdua pulak ade sedikit bengkek lalu usha je dia dgn kawan2 dia dengan muka tak puas hati. tapi kawan suami aku ni nak ngorat kawan aku budak kelantan ni tapi dilayan sepi sebab kitorg sakit hati punya pasal, terus blah je dari situ.

Keesokan hari nya, selepas balik dari dinner, sedang tunggu parking kosong, ada 2 orang mamat ni jalan ke arah kereta kawan aku (time tu aku drive), aku macam cuak aku siap check kereta lock ke tak, tingkap lock ke tak, tapi tibe2 kawan aku kata "eh ni orang semalam tu kan?" setelah aku amati............ ye betul, mmg tu suami aku dengan kawan dia smlm tu. macam mana boleh kenal? diorg pakai baju semalam wey. hahaha tak mandi ke ape.

So kat parking kereta tu jugak la kawan suami aku buat sesi suai kenal dengan kawan aku. aku duduk sekali tapi on call dengan kawan aku yang lain. tapi sempat jugak lah berkenalan amik no phone semua. dan suami aku ni rajin pulak sms aku. ajak makan lah. bgtau dah sampai office lah. bgtau dah balik rumah lah. bgtau nak tidur lah. bgtau sakit perut lah. bgtau nak pegi lunch lah. eh memula annoying jugak. sebab aku bukan jenis begitu ye. lagipun baru kenal je kan, dah kenapa kau nak report segala gala kat aku ni, confuse aku kejap. jadi diam2 aku tanya kawan dia yang nak ngorat kawan aku tu, suami aku ni suka aku ke, sebab nampak lain macam je layanan (hahahaha). kawan dia cakap ye. lepas pada tu eh macam ok pulak bila dia nak report2 macam tu hahahahahha dasarrrrr

cut story short lepas lebih kurang 6 bulan kawan kitorg pun bertunang, lebih kurang setahun bertunang, kawin.....

oh ye.. kawan suami aku yang ngorat kawan aku tu tak kawin pun. masing2 kawin dengan orang lain.

Suami aku ni orang nya simple dan terima semua dikeliling dia seadanya. memang betul, nobody is perfect tapi pada aku, cukup dia je. orang lain tak perlu. (senyum)