Wednesday, 2 October 2019

Menulis kembali?

Hi, i feel like to write again. untuk sekian kali nya. hahahaha..

ahh sudah.. 10 minit aku menung depan laptop ni. aku tak tau pulak nak tulis apa. sebab banyak sangat dalam kepala, tak tau mana satu nak klua kan dulu. mungkin perlukan ice break, so aku mula dengan perkenalkan diri aku dulu lah. (macam IV gitu)

nama aku rohaida, so basically kawan kawan semua panggil aku aida. nickname aidanisme ni adalah nama blog lama aku, ye aku ada blog masa aku belum kawin dulu aku pernah pakai nickname ni, havoc jugak blog tu, siap dapat cheque darpd nuffnang lagi. tapi aku close blog tu sebab hal keluarga. sayang kat blog tu tapi untuk kebaikan semua aku tutup je lah. lepas pada tu bosan jugak hidup aku asyik mengadap facebook je. masa tu belum ada IG lagi. selepas beberapa lama aku try juga buat blog baru tapi mood nak menulis tak mari. jadi asik terhenti henti je. lama2 aku pun lupa password.

ye sudah pun menjadi isteri, tahun ni genap sepuluh tahun usianya. dua cahayamata, Alhamdulillah. aku nak buat entri khas untuk TTC journey aku nanti. 6 tahun kami menanti, macam macam dugaan. 3 kali keguguran, diperli, dicaci, menangis, marah, meluat semua bercampur. tapi aku percaya Allah maha memberi, dan akan beri yang kita mampu bukan yang kita perlu. kebergantungan aku waktu tu memang 300% hanya pada keajaiban yang Allah akan tunjukkan dan ternyata betul lah. waktu aku terdektik dalam hati aku dah sedia, terus Allah bagi. Allahuakbar! Agungnya cinta Allah.

currently aku bekerja dengan e-commerce company. IT company. based at Petaling Jaya nearby bandar utama. hari hari suami aku hantar aku ke office. aku kesian dengan dia, aku tau dia penat dan cemuih. tapi dia tetap jugak hantar. dah 7 tahun aku di sini. staf dah silih berganti dah, aku tetap utuh di sini haha. bukan aku je, boss boss aku pun masih utuh di sini. sama2 lah kita mereput di sini. untuk berapa tahun lagi entah lah weh hahaha.. korang ade kerja kosong nak bagi aku? eh.

skrg banyak masa aku dengan anak anak je di rumah. masak bila nak masak, kalau malas kita makan je la kat kedai. senang je hidup aku, aku bukan supermom and i cannot be a supermom. masa anak 1st dulu aku buat semua benda, badan jadi sakit sakit, emosi tak menentu, stress dan anak aku dapat full breastfeed ngam2 setahun je tu pun jenuh akuu catu susu dia. kesian sangat tapi nak buat macam mana dah tak cukup. lepas umur setahun terus aku campur dengan fresh milk dan lama lama minum la fresh milk je. jadi kali ni aku tak nak buat dah kesilapan lalu. memang masa lalu banyak mengajar aku. its okay kalau rumah sepah sepah sikit. its okay kalau  baju timbun timbun tak lipat. its ok kalau anak kau pakai baju yang sama tak ganti ganti berbulan bulan. rileks la. benda tu semua simple saje. as long as semua orang dalam rumah tu happy, kita akan happy. jiwa pun tenang. badan pun sihat. benda benda yang perlu risau kita risau lah. benda yang boleh put aside, kita pun aside dan buat part by part.

i am trying to lose 10kgs. at least 2020 aku dapat turun kan lah 10kg tu. nafsu makan ni susah betul nak control. hari tu aku buat IF seminggu turun 3kg. happy sangat tapi sbb tak consistant statik je kat situ. tak turun tapi tak naik. tapi tetap lah tak syok. aku rindu lah kat berat aku dulu, walaupun susah lah nak dapat balik figure tu sebab tak de buat workout training kan, tapi at least nak la berat tu balik. aku ade kurang 3 bulan je lagi. jadi mari lah start isnin nati. 4 hari ni kita lenjan makan habis habisan. hahahaha.. dasarrrrr

wawasan 2020 aku adelah 10kgs lighter. ingat tau! (pesan kat diri sendiri)