Friday, 18 October 2019

office ku - hate love relationship (part 1)

lama kita tidak bersiaran. aku sibuk sangat kekdahnya. boss aku baru revised (lagi) job scope aku, maka kerja aku bertambah la daripada sebelumnya. bekerja macam nak lunyai rasanya hari hari. harap harap tahun depan gaji pun kena revise la sepertimana skop kerja. amiiiinnnn

tahun ini genap 6 tahun aku kerja di sini. 6 tahun bagi aku lama juga la kan. kau bayangkan lah daripada department aku ni hanya 8 orang sahaja sekarang dah ade lebih kurang 50 orang. dan hanya 2 orang melayu sahaja. oklah ada juga aku geng, dulu sorang sorang terkontang kanting. skrg ada jugak geng membawang. dan dalam masa 6 tahun ni dah 3 kali laptop aku bertukar, ni pun ada ura ura nak tukar lagi. seronok tapi malas nak transfer file. huhuhu... walaubagaimanapun boss aku tetap orang yang sama. aku rasa boss aku dah kerja dalam 20 tahun? betapa loyalnya boss aku nak habaq mai.

office aku ni selain daripada susah cari tempat makan melayu, nak datang pun bercinta jugak, bukan sebab jauh, tapi sebab jem. pagi pagi kan, biasalah jem masyaAllah tak boleh nak kata. aku rasa kalau management ni berkira pasal attendant, mmg aku failed. jadi sebab tu hari2 laki aku hantar naik motor. tapi  kadang2 naik kereta juga. tengok keadaan. kalau naik kereta kena bayar parking pulak, kalau tak dapat surat chenta daripada MBPJ. tu lah sebab nya aku rasa 6 tahun tu merupakan pencapaian terbaik la dengan pelbagai kekangan. dan juga sebab malas nak update resume.hiks.

so kalau diikutkan tahun depan cukup untuk membuatkan aku dapat pelbagai isentif daripada company. we will see. aku harap harap harapan tidak terkulai layu di tasik madu. kalau ada aku share esok esok dengan korang. walaupun aku tak tau la ade ke orang baca diari aku ni. hehehe

No comments: