Thursday, 26 December 2019

Anak buah husband admitted

Ahad 22 Nov lepas sedang aku scroll instagram story, aku nampak anak buah husband aku up gambar abg dia dengan caption GWS my bro. jadi sebagai seorang makcik yang prihatin aku pun tanya. cut the conversation short :

"kenapa tu?"

abg eksiden maktam, kaki dia patah. sekarang kat hospital ipoh

"dia eksiden dengan apa"

dia langgar kereta

anak buah husband aku yang eksiden ni bawa superbike. jenis apa aku kurang pasti sebab baru lagi dia beli motor tu. seperti biasa aktiviti orang bermotorsikal besar ni selalu ride ke sana ke sini. kata adik dia, abang dia pergi cameron highland hari tu dengan kawan kawan motor. mereka sefamily pulak bercuti ke penang. cun cun ayah dia otw nak balik ke temerloh, masa tu menghampiri ipoh, kawan2 abang dia call bgtau anak nya di hospital ipoh.

patah kedua belah tangan. sebelah kaki, dan tulang punggung lari.

jadi hari ni 26-12-2019 pembedahan untuk masuk kan besi mcm tu lah. aku pun tak tanya banyak. aku berdoa supaya semuanya dipermudahkan, operation berjalan lancar, dan abang sihat kembali seperti sediakala hendaknya.

mohon doa semua ye.

Update 30/12/2019 :

Operation berjalan lancar. pukul 11pagi masuk pkl 9 malam baru keluar OT. hari ni mungkin dah boleh balik ke temerloh, recovery phase pulak. semoga cepat cepat sembuh seperti sediakala

Mak Mertua Admitted

entri ni dalam draf lama, aku lupa aku belum publish.

pada awal bulan ni, mak mertua aku tak berapa sihat sangat. batuk tak berhenti henti, semput. susah bernafas. makan pun tak berapa lalu. kesian sangat kalau tengok. nak berjalan tak larat. nak tido tak boleh sebab batuk, cakap susah sebab tak cukup nafas.

2 nov tu turn kitorg balik ke jengka. kalau balik sana aku mmg tido dalam bilik, tapi malam tu aku decide kitorg tido kat hall aje. lagipun tak ada sesiapa pun yang balik. macam biasa bila izzah bangun menyusu aku nak tido balik mmg makan masa juga. masa tu lah aku dengar mak batuk tak berenti renti. senyap kejap batuk lagi. lama juga sampai la aku tertido balik. pagi tu aku tanya mak "mak batuk kuat smlm, mak tido tak?" "tak buleh tidoq baring, kluaq ddk d krusi (kerusi malas) dapat tidoq sat" sian sangat aku tengok, aku mintak laki aku hantar mak pegi hospital je, sebab ada sekali tu mak sampai struggle sangat nak bernafas. tapi laki aku ni aku pun tak tau lah. banyak sangat alasan nya. mak tak nak sebab nanti warded lah.. mak takut kena cucuk lah.. hurmm tah la. aku nak cakap banyak2 pun aku nii menantu hantu je huhu..

malam tu (7 nov) aku mmg tak boleh tido. aku pun main phone sampai phone terjatuh atas muka. baru aku off data dan letak phone tepi katil. tiba2 teringat bateri nak abis. tapi kejap2 lagi lahh bangun cas, sebab rasa dah mengantuk sangat dah. dalam pkl 1 pagi phone laki aku bunyi, as usual laki aku alarm pun tak dengar apetah lagi bunyi ringtone. tapi tah kenapa aku tak rasa nak tolong angkat atau kejutkan dia. lepas tu phone aku pulak bunyi. aku tak rasa nak amik phone aku. tapi aku macam mamai time tu, macam hurmm aku ni dah tido ke? mimpi ke? kemudian phone senyap dah. aku tunggu lagi kot2 ada bunyi lagi tapi tak ada. ahh tak boleh tido pulak. aku bangun kencing dan aku dengar lagi bunyi phone. isyh sapa call pagi2 ni? panggilan berhantu ke? bila aku jenguk phone eh abang ipar aku call, adik ipar aku pun call, terus degup kencang. aku call semula adik ipar aku

"kenapa ana?"

"hah angkat pun, ana baru otw nak pegi umah kak aida ni, nak ketuk pintu. abg chaq call tadi dia kata mak macam tenat kritikal macam tu lah, bernapas tak berapa nak boleh. abg chaq suruh balik semua skrg jugak"

"Ya Allah.. ha ye lah. ok ok. ana kat mana tu?"

"ni dah sampai bukit raja, nan dah nak patah balik terus balik jengka"

"ok hati2"

rupanya betul lah bunyi tadi tu betul bunyi phone kami laki bini. dan dan tu jugak laki aku terjaga "kenapa?"

"jom siap bang balik jengka, mak teruk dah kat wad"

mungkin laki aku tu still mamai or in denial aku pun tak pasti, dia boleh pegi lipat kain kat hall. lepas tu dia tanya aku baju ni nak bawak tak? baju ni nak bawak tak? hurmm mungkin dia nak cool down perasaan risau makk dia kot masa tu. aku just kata "bawak je semua yang abg nak bawak, klu tak cukup kita basuh kat kampung nanti" baru aku nampak dia laju sikit. dalam masa setengah jam kami selesai packing semua. yang paling penting makanan untuk anak2 bila bangun nanti. aku malas tanya laki aku dia ok ke tak. takut daripada dia ok kang dia nangis pulak jenuh lambat gerak pulak. aku just pesan kalau ngantuk bgtau.

dalam pukul 4 pagi kamii sampai di hospital. sejuk. aku stay dalam kereta sebab anak2 belum bangun. aku suruh laki aku je pegi dulu tengok mak dia. itu yang penting. kami yang paling lambat sampai. mungkin sebab paling jauh atau paling tepat yang paling lambat angkat phone huhuhu...

bila anak2 dah bangun, aku bawak ke ward. penuh anak beranak. tapi bdk2 tak boleh masuk lah kan. penuh la sekelian kat luar wad tok depa tu. bising jangan cakap. lagi2 suara anak aku. high pitch. dalam pukul 8 lebih aku pun balik rumah mertua, bagi mandi anak anak dan rehat2 sekejap. dalam tengah hari kami ke hospital semula. berulang la begitu sepanjang mak di hospital.

pada hari kedua warded, keadaan mak masih sama, degup jantung dia laju menyebabkan dia penat. doktor kata degup jantung macam orang tengah berlari. jadi dengan usia dia macam tu, degup jantung begitu, itu yang menyebabkan dia penat sampai batuk batuk. mencungap. so doktor bagi dos morphine yang agak tinggi supaya mak boleh berehat tidur. Alhamdulillah hari ahad morphine dah cabut, dan mak nampak segar walaupun masih lemah. kami yang bekerja semua balik hari ahad tu. yang tidak bekerja a.k.a suri rumah semua tinggal jaga mak bergilir di wad termasuk cucu2 dan adik ipar aku yang tak sampai hati nak tinggal mak.

Alhamdulillah beberapa hari lepas tu mak dapat kelaur wad dan berehat dirumah. abang ipar aku dah siap belikan katil dan kerusi roda untuk kegunaan mak sebab mak masih tak larat berjalan. Alhamdulillah skrg mak dah boleh berjalan tanpa wheelchair, dah boleh berborak tanpa penat. aku doa kesihatan mak akan bertambah tambah baik.

oh byw, mak aku ada sakit kencing manis, buah pinggang sikit, dan semput.