Thursday, 26 December 2019

Anak buah husband admitted

Ahad 22 Nov lepas sedang aku scroll instagram story, aku nampak anak buah husband aku up gambar abg dia dengan caption GWS my bro. jadi sebagai seorang makcik yang prihatin aku pun tanya. cut the conversation short :

"kenapa tu?"

abg eksiden maktam, kaki dia patah. sekarang kat hospital ipoh

"dia eksiden dengan apa"

dia langgar kereta

anak buah husband aku yang eksiden ni bawa superbike. jenis apa aku kurang pasti sebab baru lagi dia beli motor tu. seperti biasa aktiviti orang bermotorsikal besar ni selalu ride ke sana ke sini. kata adik dia, abang dia pergi cameron highland hari tu dengan kawan kawan motor. mereka sefamily pulak bercuti ke penang. cun cun ayah dia otw nak balik ke temerloh, masa tu menghampiri ipoh, kawan2 abang dia call bgtau anak nya di hospital ipoh.

patah kedua belah tangan. sebelah kaki, dan tulang punggung lari.

jadi hari ni 26-12-2019 pembedahan untuk masuk kan besi mcm tu lah. aku pun tak tanya banyak. aku berdoa supaya semuanya dipermudahkan, operation berjalan lancar, dan abang sihat kembali seperti sediakala hendaknya.

mohon doa semua ye.

Update 30/12/2019 :

Operation berjalan lancar. pukul 11pagi masuk pkl 9 malam baru keluar OT. hari ni mungkin dah boleh balik ke temerloh, recovery phase pulak. semoga cepat cepat sembuh seperti sediakala