Wednesday, 29 July 2020

Pendemik Koronavirus 2019 atau Covid-19

Mari kita mulakan dengan penerangan fakta dulu ye. aku rujuk fakta ni di wikipedia dan kkm.

Pendemik atau wabak besar bermaksud sesuatu penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia, tidak merangkumi sesebuah tempat sahaja tetapi merebak ke seluruh dunia. sesuatu penyakit itu boleh dipanggil pendemik apabila 3 syarat utama ini dipenuhi :

1. Kemunculan penyakit baru dalam populasi
2. Ia menjangkiti manusia, menyebabkan sakit yang serius
3. Ia merebak dengan mudah di kalangan manusia.

jadi macam yang negara kita alami sekarang ni iaitu Covid-19 dipanggil pendemik sebabkan penyakit ni dah pun memenuhi 3 syarat yang aku bgtau td. macam mana yang kita semua tahu, penyakit yang berasal dari Wuhan, China ni terjadi pada akhir bulan Disember 2019 dan awal Januari 2020. hampir seluruh dunia lumpuh. maka 11 Mac 2020 WHO pun mengumumkan wabak ni sebagai pendemik.


3 bulan aku dan anak anak terkurung sepenuhnya di dalam rumah. tak ke kedai apalagi ke kedai makan, cuma keluar ke perkarangan rumah je. jadi seminggu sekali aku bagi anak2 mandi pool, bagi diorang seronok sikit. laki aku yang uruskan semua urusan di luar. beli kelengkapan bahan masak dan barang2 rumah yang dah habis. laki aku A+ bab beli2 barang rumah ni, cuma yang susah2 dan yang tak pernah dia beli tu kau tak payah la harap sangat dia berjaya cari walaupun berbekalkan gambar. aku ok je, janji ada benda nak masak dan boleh makan. laki aku tak berada dirumah sepenuhnya sebab dia dan team dia ditugasakan untuk buat face shield untuk frontiner. jadi setiap hari aku akan sediankan kelengkapan dia untuk mandi kat luar sebelum masuk rumah. sebelum pergi kerja pulak dia akan tunggu aku settle masak breakfast dan lunch, dia pula buat laundry. kena settel kan semua dulu sebab aku work from home dan juga tutor kepada anak aku yang sulung, boleh tahan banyak juga kerja sekolah dia walaupun baru 5 tahun. anak yang nombor dua pulak breastfeed, asyik nak bergayut aje walaupun baru lepas makan heavy sampai buncit perut. hasilnya, aku turun 6 kilo masa PKP.

kalau korang perasan kan, ramai sangat orang baking cake, roti, dessert, masak macam2 resepi sedap sedap. tapi untuk aku, semua itu hanya dalam mimpi je lah. hahahaha... sebab yang pertama, sape je nak makan semua tu kalau aku buat sebab ahli rumah aku ni semuanya makhluk yang makan nasi dan lauk semata mata, benda lain kureng nak layan. lagipun, daripada mula PKP aku minta laki aku belikan butter dan cream cheese tapi tak ada stok katanya, licin. jadi hari2 aku masak lauk pauk aje lah. sampai rasa nak muntah la aku tengok lauk2 yang aku masak tu. lama2 aku masak je tapi aku tak makan. aku mintak laki aku belikan buah dan aku makan buah je. kalau lapar sangat baru aku makan nasi.begitu lah kehidupan sepanjang terperuk di rumah. aku tak ada aktiviti sangat since aku bekerja. kadang2 boss aku call juga nak tanya kerja dan ade beberapa kali gak aku miss jawab call dia sebab aku letak hp aku merata rata atau aku charge dalam bilik, mesti dia bengkek je dengan aku hehehe.. tapi ade jugak dia email dan aku dah reply tapi dia wasap aku kata aku belum reply email dia (padahal aku dah reply 3 4 jam sebelum tu lagi). busy sangat agaknya sampai tak perasan email aku masuk. aku juga ada nmpk orang sibuk berkebun. nampak macam seronok tapi itulah aku tak ada masa. aku tetap dengan office hour 830-530 setiap hari sampai laki aku kata kat anak2 aku "umi korang ni sangat berdedikasi"

dalam pada berdedikasi tu aku rasa serabut sangat lagi lagi bila laki tak ada kat rumah dan kena jaga anak sambil bekerja. aku kadang terfikir macam mana orang boleh kata dia ok je kerja sendiri janji anak depan mata. how you do it guys? i cannot get it. serabut kot. mana nak cari ayat reply email. mana nak answer call tapi anak sibuk nak cakap sekali. anak ajak kau joget sekali kalau tak ikut merajuk pulak. belum lagi nak kena ajar anak kerja sekolah lagi. fuhh anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? aku stress sangat, tapi aku fikir2 balik, aku yang control situasi kan, tak sepatutnya aku stress. so hari2 aku akan buat jadual dari pagi sampai petang dan aku akan pastikan semua orang ikut jadual tu, tak dapat 100%, 80% pun jadi lah. so far ok lah. aku pun kurang stress. anak2 seronok. aku juga akan pastikan anak2 aku tido paling lewat pukul 9 malam supaya aku dan laki aku dapat rehat dan menjalani hari2 berikutnya. seronok juga dapat tengok anak2 hari2. anak aku yang sulung tu, masa mula PKP hingga sebulan PKP, seluar dia senteng! dan tibe2 dan tak perlu kerusi untuk basuh tangan dia kat singki. wow.. anak aku no 2 tu, daripada tak pandai cakap, mulut dia bisiiiiing sangat. hahahaha.. seronok dapat tengok anak membesar depan mata. tak perlu terkejar kejar ke office. tak perlu hadap jem. tak perlu fikir nak makan apa. makan kat mana. nikmat yang Allah bagi rasa walaupun beberapa bulan je.

bila boss announced office akan operated by alternated basis, aku rasa seronok juga, rasa tak sabar nak keluar, nak tengok dunia luar, nak bau taik lembu tepi jalan rumah aku tu hahaha.. sampai bff aku kata "kau ni rare lah, orang tak suka pegi office, kau excited pulak". hehehehe.. bila dah masuk office alternate week. aku pun dah start hantar anak2 kat pengasuh. Alhamdulillah pengasuh aku tak tolak permintaan nak hantar anak. anak2 pun suka dapat pergi rumah mama diorang. ada la kawan nak main. balik dari office kena kerah anak buat kerja sekolah pulak. bagi laki aku tak buat pun tak apa tapi aku tak suka ajar anak tangguh tangguh kerja sekolah. kalau ada kerja sekolah buat. kalau tak ada tu tak apa lah. sambil2 main boleh je kita mintak dia baca a b c ke, surah2 hafazan ke. sebab kita tak tau hari esok apa cerita nya kan. di buatnya byk kerja sekolah tak buat, lepas tu kpm announce sekolah bukak tak ke cemas. mak bapak la cemas, anak umur 5 tahun ape dia tahu cemas tu ape. dia excited nak jumpa kawan2 je. macam haritu tibe2 cikgu announce kena hantar semua kerja sekolah. hah kalau tak buat lagi mau tergeliat tangan anak kau. aku mmg tak akan buat kan kerja sekolah anak. tolong teman aku ok. tolong jadi cheerleader..  hehehe..

sekarang, aku dan laki aku dah kerja di office sepenuhnya, anak sulung pun dah masuk sekolah 2 kali seminggu. so far alhamdulillah. walaupun wabak ni masih lagi ada, bak kata orang, kita dia belajar hidup dengan wabak ni. kena tingkatkan imun diri, kena jaga kebersihan diri 300% daripada sebelum ini. hari raya qurban lagi 2 hari. aku harap lepas raya angka pesakit covid ni tak akan meningkat mendadak. YB Ismail Sabri kata kalau cecah 100, PKP akan dimulakan kembali. walaupun aku dan laki aku tidak terkesan, tapi kesian pada yang hilang punca pendapatan. nak bertatih balik mungkin makan banyak masa kan? aku harap semua nya akan kembali pulih. aku pun nak pergi bercuti