24 September - Cerita Dalam Draft

 Banyak sangat cerita nak tulis, banyak sangat dalam draft tapi separuh separuh je aku tulis

masa aku occupied sekarang ni, malam pula pukul 930malam dah tidur. letih teramat. tiba tiba je dah subuh. aku kena tidur awal sebab kalau pukul 11 malam aku tak tidur makanya lambat lah aku tidur. lepas tu badan jadi letih esok hari.

dah nak masuk bulan Oktober. nampak gaya macam lambat lagi boleh balik kampung. nak berjalan jalan pulak macam tak tahu nak ke mana. orang Malaysia ni skrg macam culture shock bila kerajaan bagi rentas daerah dan bercuti ke Langkawi. seram nengok nya. maka, kita nanti lah dulu ye. tunggu lega sikit. kita pegi jalan jalan. 

aku cuba nak sambung cerita cerita aku dalam draf ni.harap2 masih tak lupa jalan cerita hiks.


2 September - Denda Time Out

Hari ni hari kedua aku diet tak ambil sugar. so far ok lah cuma hari ni aku perasan telinga aku berdengung kuat sangat. kejap kuat kejap ok lepas tu datang semula.

Mood pun ke laut

Aku jarang sangat guna method time off ni. aku rasa baru 2 kali aku guna. budak2 ni pun dah tahu kalau aku bagi arahan "pegi duduk sana pandang dinding! sekarang!!" maksudnya marah aku dah ke tahap langit ke tujuh.

 In my point of view, aku realized, method ni sebenarnya buat aku lebih bertenang dan tak marah melampau sangat. Lebih mudah cool down. tengok anak tersedu sedu sambil pandang dinding, sayu hati kecilku.

Namun begitu...

Anak anak ni macam mana pun kena marah, lepas sepuluh minit dah boleh melompat ketawa semula. Dan ulang salah yang sama semula.

macam tak ada point mak kau marah tadi

27 Aug - Kurus

 Hari ni kami hantar anak anak ke rumah pengasuh sebab banyak benda yang nak kena settle.

sekarang kan tak boleh bawak budak2 masuk premis.

jadi hari ni laki aku ada banyak masa nak mengadap aku agaknya

selalu kena layan anak je.

tadi dia kata

"abang tengok lengan awak tu besar nya, isyh besar sangat lah"

aku kan kalau laki dah tegur macam tu, aku auto jadi takut.

bukan takut apa, takut dia tegur banyak kali

jadi, 1hb nanti aku nak start workout

esok aku start clean diet

bring it on!

25 Aug - Renovation Rumah

 Tahun 2011

Alhamdulillah. Kami berpindah ke rumah sendiri setelah setahun lebih menyewa selepas berkahwin. Rumah ini suami beli sebelum berkahwin lagi atau lebih tepat sebelum kami berjumpa. bak kata suami, dia beli pun sebab kawan2 beli, dan dia tengok kawasan dalam kampung, dia suka. honestly, masa mula mula sampai sini aku terkejut sikit sebab keadaan sekeliling  merupakan kubur cina. Tapi alah bisa tegal biasa, kubur aje pun, esok2 ke dalam juga kita semua kan. yang lain nya aku suka, tenang. damai, tak banyak asap melainkan asap orang kampung bakar sampah tetiap petang.

Tahun 2017 - 2019

Di uji dengan banjir di rumah yang sama. setiap tahun sebelum raya bermula. Memang betul betul mencuci rumah untuk menyambut raya gamaknya kami ni. setiap tahun kot. Kali pertama banjir habis perabot yang tidak berkaki jahanam. tapi nasib kami baik sedikit, perabot penting semua jenis kayu solid jadi boleh bertahan alhamdulillah. cuma perabot yang aku beli waktu duduk bujang dulu semua habis rosak. dan waktu ini juga aku mengambil tindakan drastik untuk tidak menyimpan lagi terlalu banyak barang di rumah supaya senang kemudian hari. letih oi angkat barang.

Tahun 2021

Keputusan dah pun kami buat dan hari ini kerja kerja naikkan level simen bahagian belakang rumah   sedang dijalankan. harapan setinggi gunung selepas ini agar Allah permudahkan urusan terus tinggal di rumah ini dengan tiada kejadian banjir berulang.

21 Aug - Bad Things

Sekarang aku kuarantin kat rumah, 2 minggu lepas vaksin dose kedua, imunisasi sangat low katanya, jadi tak digalakkan keluar

Ya Allah, stress sangat!

selalu seminggu sekali aku akan minta dengan suami, nak keluar ronda2 sambil beli kudap2 untuk kami sekeluarga. 

kadang beli goreng pisang, kopi, jagung rebus, jajan, drive thru mcD atau KFC. sekarang asyik tekan tekan foodpanda je lah. itu pun fikir banyak kali sebab charge mahal sangat!

baru ni aku marah anak sulung aku. betul2 marah tengking tu, meledak sangat. puncanya dia suka menyampuk bila aku dengan suami tengah borak. tak kisah la tentang apa. banyak kali sangat dah tegur. letih tegur. biarkan. makin menjadi pulak. sampai terganggu perbincangan tu. tadi aku sedang menyampaikan sesuatu yang serius dan laki aku faham lain pulak, jadi aku try nak explain further tapi anak aku ni daripada mula interupt sampai rasa terganggu sangat. aku tak tahu mcm mana nak explain. dan suddenly aku tengking dia sekuat hati siap pakej menggigil bibir dan tangan.

ye... sekuat hati sampai sakit tekak

faham tak bila you need to explain/present but then someone interupt your every single word sampai "apahal ni diam boleh tak aku nak cakap ni?"

aku terus angkat kaki masuk bilik tutup lampu. i need to calm down

sekarang aku rasa teruknya perangai aku tengking anak macam tu, dan aku marah sangat tadi sebab aku dah pun minta dia tunggu sekejap aku tengah explain kat ayah dia. Dia pun dah masuk tidur. esok aku akan say sorry.. truly sorry

Allahuakbar

Aku sayang family kecil aku. Wallahi.

sampai bila kena duduk terperuk dalam gua ni. aku langsung tak ada masa untuk diri sendiri. ke mana je semua ada anak2 ikut. Alhamdulillah syukur ada anak hidup tak sunyi tapi i need my own space sometime. 

aku penat dan tak ada orang faham jenis kepenatan yang aku alami. kadang2 aku sendiri  pun tak faham.

Complicated

10 Aug - Siti Sarah Raisuddin

 Belangsuka Siti Sarah Raisuddin

Album CD pertama yang aku beli di Lot10

tajuk albumnya Sarah, warna biru putih, ada gambar sarah tersengih, rambut separa blonde

cantik dan manis

waktu tu aku suka sangat lagu kesetiaan, mendayu dayu.. lebih2 lagi time tu, masa aku turun lot10 all the way from shah alam sebab nak beli CD ni kat kedai CD favorite area lot10, terserempak boifren tengah curang.. hurmmm memang layan sangat la lagu ni huhuhu

bila aku tengok dia peluk anak2 sebelum ke hospital, aku jadi sayu, semalamnya aku baru tengok 'cooking show' dia. suara dia kedengaran seperti biasa. dia buat lawak, selit doa sambil masak macam biasa yang aku tengok.

tapi bila Shuib update kesihatan dia kurang memberansangkan, aku tak boleh tidur, aku on notifications kat IG Shuib, setiap kali notification appear, berdebar sangat. aku berharap dia sihat, berharap dia buka mata, gelak macam biasa walaupun aku cukup sakit hati dengar bila dia ketawa mengilai, macam nak suruh diam je.

sekarang itulah gelak yang akan buat semua orang rindu

semalam, seharian, aku blur, aku jadi takut, aku plan nak mengandung tahun ni, tapi aku terus bgtau suami, aku takut nak mengandung time covid ni. aku tak berani tanggung risiko.

aku sedih sampai tak boleh kata apa apa pun, aku mampu share je video perjalanan terakhir dia. aku teringat kawan2 yang sedang mengandung, termasuk lah bff aku pun sedang mengandung anak ketiga. aku doa semoga semua ibu ibu yang sedang mengandung selamat melahirkan dan sihat sejahtera

berehatlah Sarah, awak dah pun berbahagia sekarang, dah tak sakit lagi. selesai perjalanan awak di dunia, semoga semua kebaikan yang awak lakukan, diterima dan diredhai Allah.

Innalillahiwainnnailaihirajiun

Siti Sarah Raisuddin (15 Sept 1984 - 9 Ogos 2021)

3 Aug - Anxiety Attack

 Hari ni aku bekerja di office

tapi bukan lah seharian ada beberapa document nak submit sebab ada audit

aku geram juga mulanya dapat skype daripada boss

admin minta provide 4 bulan punya document - audit nak check

admin nak aku prepare semua document tu dalam masa sehari

tebalnya tadi adalah dalam 4cm

aku perlu print - fill in - photocopy - sent to admin - pheww

aku start pukul 815am sampai 1230pm sharp

tanpa makan dan cuma minum 3 teguk je

 pukul 815am cuma ada aku dan seorang officemate

aku buat kerja tak toleh kanan kiri sebab nak siap cepat dan tak nak sampai auditor cari

diorg tak ada bagi timing, tapi aku tak nak lah diorg tanya tanya bila nak siap - tak best

1230pm aku hantar document, semua auditor tengah sibuk makan - lunch hour

lepas tu cepat cepat aku kemas bag nak balik

nanti kalau diorg panggil ke apa ke dah stuck pulak kat office

tapi sejak kes variant delta ni, aku macam ada sedikit anxiety

bila pukul 10am semakin ramai officemate yang masuk

bunyi bising diorg discussion, jawab call aku rasa macam tak selamat

variant delta katanya tersebar melalui udara kan?

rasa macam nak suruh diorg diam je jangan cakap cakap

kencing pun aku tahan tadi

isyh anxiety ke tu ye?

serious aku seram dan gelisah nak duduk lama lama kat office

 sampai di rumah kebetulan semua ada kat atas tengah solat

maka aku cepat2 bukak semua baju tudung dan mandi sabun banyak banyak

Ya Allah selamatkanlah kami daripada wabak ini

amiiin

2 Aug - Normal Baharu

Sekali lagi.

Aku rasa nak menulis.

Bukan sebab bosan duduk di rumah zaman PKP ni.

Tapi sebagai terapi minda.

Supaya mental health terjaga - kata orang.

Asyik mengemas rumah je pun, aku rasa macam dah tak ada apa nak kemas.

Bukan sebab rumah bersih, tapi sebab hari hari buat perkara yang sama.

 Jadi perkara tu dah tak jadi excitement.

Dia jadi lebih kepada normal activities at home.

Mungkin itulah salah satu Normal Baharu yang semua orang kena hadap.

Tahu tahu dah bulan Ogos.

Empat bulan lagi dah habis sesi 2021.

Dalam pada tak boleh ke mana mana, hanya within 10km sahaja.

Pandangan aku hanyalah melihat anak anak membesar di depan mata.

 Daripada baju selabuh buku lali, sekarang hanya selabuh bawah lutut.

daripada seluar lipat, sekarang senteng.

Alhamdulillah anak anak dan suami masih di depan mata.

Sihat Sejahtera.

Semoga kamu semua begitu juga.