25 Aug - Renovation Rumah

 Tahun 2011

Alhamdulillah. Kami berpindah ke rumah sendiri setelah setahun lebih menyewa selepas berkahwin. Rumah ini suami beli sebelum berkahwin lagi atau lebih tepat sebelum kami berjumpa. bak kata suami, dia beli pun sebab kawan2 beli, dan dia tengok kawasan dalam kampung, dia suka. honestly, masa mula mula sampai sini aku terkejut sikit sebab keadaan sekeliling  merupakan kubur cina. Tapi alah bisa tegal biasa, kubur aje pun, esok2 ke dalam juga kita semua kan. yang lain nya aku suka, tenang. damai, tak banyak asap melainkan asap orang kampung bakar sampah tetiap petang.

Tahun 2017 - 2019

Di uji dengan banjir di rumah yang sama. setiap tahun sebelum raya bermula. Memang betul betul mencuci rumah untuk menyambut raya gamaknya kami ni. setiap tahun kot. Kali pertama banjir habis perabot yang tidak berkaki jahanam. tapi nasib kami baik sedikit, perabot penting semua jenis kayu solid jadi boleh bertahan alhamdulillah. cuma perabot yang aku beli waktu duduk bujang dulu semua habis rosak. dan waktu ini juga aku mengambil tindakan drastik untuk tidak menyimpan lagi terlalu banyak barang di rumah supaya senang kemudian hari. letih oi angkat barang.

Tahun 2021

Keputusan dah pun kami buat dan hari ini kerja kerja naikkan level simen bahagian belakang rumah   sedang dijalankan. harapan setinggi gunung selepas ini agar Allah permudahkan urusan terus tinggal di rumah ini dengan tiada kejadian banjir berulang.